Monday, October 26, 2009
GROUP MEMBER
06DKM07F038
MUHAMAD ZAINI BIN RAIMI
06DKM07F023
NUR'ABZAHARIE BIN ABDUL RAHMAN
06DKM07F025
SYAIFUL BAHRI BIN ARIFIN
06DKM07F037
MUHAMAD RAZIF BIN ARIS
06DKM07F028
MUHAMAD AZUAN BIN AHMAD
06DKM07F040
WONG HER JIANN
06DKM07F024
MESIN CANAI SILINDER
Bagaimana mesin canai silinder berfungsi?
Mesin canai silinder digunakan untuk mencanai silinder selari dan silinder tirus. Mesin canai silinder hanya digunakan untuk pengeluaran kolompok.
Mesin canai silinder berfungsi dengan meletakkan bahan kerja diantara tetengah. Roda canai berputar dengan kelajuan antara 28 hingga 33 m/s dan dibawa ke permukaan bahan kerja.
Bahan kerja diputarkan dengan pelahan antara 0.3 hingga 0.51 m/s ( bagi keluli ). Roda pencanai dan benda kerja perputar pada arah yang bertentangan pada titik pertemuan kedua-duanya. Bahan kerja juga digerakkan ulang-alik secara membujur dengan menggerakan meja mesin. Kedalaman permotongan dihasilkan oleh suapan sama ada suapan oleh roda canai atau benda kerja.
Untuk bahan kerja pendek yang panjangnya adalah kurang daripada lebar muka roda canai, kaedah mencanai benang (plunge cut grinding) dilakukan. Bahan kerja dipegang pada bindu kepala kerja dan roda canai dimajukan ke bahan kerja apabila diameter yang ditetapkan tercapai, roda canai di undurkan.
Apabila sudut tirus yang hendak dicanai adalah kecil, hanya meja mesin canai sahaja yang perlu diswivelkan. Proses pencanaian ini dinamakan proses “pencanaian tirus”. Apabila tirus yang hendak dicanai adalah besar, maka benda kerja (yang dipegang oleh kepala kerja atau kepala roda) perlu diswivelkan. Proses ini dinamakan proses “ pencanaian sudut”. Diameter akhir benda kerja dikawal oleh suapan kedua-duanya.
Contoh kerja mencanai bahan kerja silinder
Contoh hasil produk daripada Mesin Pencanai Silinder